About Stuff Linkies Fanfic Journal

Monday, February 03, 2014

Review Novel : The Wedding Breaker - Evelyn Rose



Muka Surat : 643
Tempoh : Kurang 10 jam


Assalamualaikum.
Ini entri pertama dalam tahun 2014, dah lama aku tak menjenguk blog ini dan blog journal aku. Hmm. Sibuk dengan sekolah la, almaklumlah tahun ni tahun terakhir aku sebagai seorang pelajar sekolah menengah.
Hari ini aku ingat nak buat review novel sikit memandangkan sekarang ini boleh dikata semua gadis (termasuk aku) mabuk dengan drama bersiri "Ariana Rose" dekat tv3 tu.

First imperisson.
Dah lama aku nampak novel ini dekat kedai buku sejak dari tahun 2012 lagi tapi aku beli pun sebab aku rasa... novel ini fasal kehancuran dan creepy lol sebab cover dia warna hitam. Cehh.. Aku memang cenggini, suka sangat "judge a book by its cover.." Bila dah semua orang cakap novel ini best, barulah terkedek-kedek nak pinjam novel orang sebab nak baca sama. Tapi seriously novel ini best sebab.... dia best la! lol. 

Watak.
Aku suka watak utama dia. Eh jap.. Watak utama dia siapa sebenarnya Ariana Rose ke Tengku Adam Kamil? Tapi aku rasa watak utama dia Tengku Adam Kamil walaupun semua orang kata watak utama novel ini ialah Ariana Rose. Hee.. Okay. Bagi aku Tengku Adam Kamil ini so kaya, so handsome (I guess), so maskulin, a little of cruel, tahap kecemburuaan dia agak tinggi dan akhir sekali dia amat seksi bagi aku sebab dia pandai memasak. Aku boleh imagine gaya dia memasak macam Jamie Oliver memasak, terpesona okay.. Dan bila dia pandai main piano, woaw so awesome! *two thumbs up* 

Masa Tengku Adam Kamil ini telah sedar dari dosa yang pernah dia buat selama ini, sedikit sebanyak memberi kesan mendalam pada aku. Walaupun dia lambat sedar.. Tapi selepas dia buat taubat nasuha, gaya dia lebih bertanggungjawab dan ciri-ciri seorang khalifah jelas kelihatan. Gaya dia didik anak-anak dia dan isteri dia sungguh.. menawankan hati aku. Cair kot! 

Selain itu, aku suka jugak watak si Ariana Rose ini sebab watak dia jenis wanita yang cekal hadapi masalah, no matter what problem it is. Dan.. dan.. dan.. aku suka perwatakan Ariana Rose dan Tengku Adam Kamil yang suka bersedekah dan membuat kerja amal. It's touched me so much.

Favourite Part.
Banyak favourite part la tapi yang paling aku suka masa, Tengku Adam Kamil tak tahu siapa tunang yang telah family dia aturkan. Dia ingat si Rose tu Rosnah binti Hussein. Okay. I really can't stop from laughing! Sumpah kelakar sebab parents dia dok panggil si Ariana Rose tu sebagai Ros, jadi dia ingat yang si Ariana Rose tu orang kampung yang bernama Rosnah. lol. ;___:

Lagi.. Aku suka masa dia pergi ke Mekah nak buat umrah, lepas dia sedar yang selama ini dia dah banyak buat dosa dengan Allah. Masa itu aku tersentuh. Mungkin bagi Tengku Adam Kamil tu, dia dah terlambat untuk memohon taubat dari Allah tapi disisi Allah Swt, tiada yang terlambat dalam menyesal akan dosa yang telah dibuat. Seandainya betul-betul terlambat dari memohon keampunan dari Allah adalah pada masa malaikat Izrail mencabut nyawa seseorang itu dan tidak sempat sedar akan dosa yang telah dibuat selama ini.

Komen
Aku bagi empat bintang setengah sebab entah kenapa novel ini tak bagi aku feel sedih. Aku tak tahu la sama ada aku ini memang hati batu ataupun novel ini memang takde part yang boleh bagi aku menangis meleleh hingus bagai.. Tapikan classmates aku semua kata yang mereka ada menangis semasa membaca novel ini. Hmm. Nampaknya sekarang ni memang aku ni jenis yang hati batu susah nak menangis ==' Aku dah buat soal selidik mengenai novel ini dekat classmates aku yang dah baca novel ini dan semua orang cakap yang novel ini memang syokk habis! Syok yang rasa macam kena beli satu buat dijadikan sebagai novel wajib dimiliki setiap seorang. Yeahhh aku pun nak beli jugak nanti satu untuk dijadikan sebagai novel yang ada sentimental value yang tersendiri. lol. 

Aku nak mengucapkan tahniah buat penulis sebab berjaya menulis novel sehebat ini walaupun ini merupakan karya Evelyn Rose yang pertama (rasanyalah). Puan penulis ini berjaya membuat klimaks pada awal cerita ini. Bukan senang nak cari novel yang awal-awal lagi dah klimaks.. 

Dan selain itu, dalam best-best jalan cerita dia ini pasal si A cinta akan si B, tapi puan penulis berjaya menyelitkan nilai-nilai keagamaan, dalam erti kata lain beliau berjaya memberi sedikit kesedaran fasal Islam walaupun novel ini lebih kepada cinta akan sesama makhluk. Big applause for the writter *two thumbs up*

Aku syorkan korang beli novel ini sebab aku rasa kalau korang tak beli, pasti rugi hee.. Dan jangan jadi macam aku, yang suka "judge a book by its cover" lol. 


Sorry sebab entri ni panjang sangat ayatnya. Well. Excited sangat nak ceritakan betapa best-nya novel ini. Heee ;)
Sayonara. 

No comments :