About Stuff Linkies Fanfic Journal

Friday, February 07, 2014

random



Assalamualaikum.

Lagu Fly Away nyanyian band indie dari Korea, Urban Zakapa aku pasang. Tangan sibuk menaip apa yang sedang ditaip dalam entri ini. Jam berjalan dengan pantas, masa dibuang begitu sahaja di hadapan laptop. Yeahhh itu aku! Hello everybody..

Dah selalu sangatkan aku asyik buat entri pasal review itu review ini, entri yang merapu meraban dah jarang aku tulis. Tapi kali ini aku menulis juga entri yang random ini memandangkan aku sendiri pun dah bosan menaip entri untuk buat review novel je. Hehh..

Tapi sebenarnya satgi aku nak buat entri review novel untuk novel yang aku habis baca baru-baru ini. Sementara ada masa nak update blog dan ada mood, lebih baik aku buat je entri review tu.. Nanti bila dah sibuk, semua benda tak boleh nak dibuat. 



Ooyeah! Aku dah tukar header blog ni. *wink wink* Gambar yang aku tangkap semasa aku menaiki kapal terbang di malam hari dan pada masa hujan renyai membasahi bumi. Adalah sikit ke-bokeh-an dia.. Memandangkan kebelakangan ini aku sibuk, jadi memang takde stok gambar baru la kan. Terpaksa guna gambar lama.. Dan quotes pada header tu aku ambil dari maksud ayat dalam Al-Quran. Sesungguhnya dalam banyak-banyak quotes, kata-kata Allah adalah yang paling sempurna, indah dan benar-benar belaka.

Hmm. Sekarang ni aku memang sibuk tahap, aku rasa masa makan pun tak cukup inikan pula masa untuk tidur. Dalam minggu ni ada satu hari tu, aku hanya tidur empat jam dari dua-puluh-empat jam yang dah Allah berikan. Lagi dua puluh jam tu aku berjaga, pergi sekolah, pergi kokurikulum, pergi latihan, buat homework, pergi tuition. Sampaikan dekat sekolah aku memang dah tak tahan dengan mata ngantuk ditambah pula nak kena tumpukan sepenuh perhatian pada cikgu yang mengajar, tapi aku gagahkan diri jugak fokus dalam kelas walaupun dalam kepala otak dah asyik terbayangkan katil. (Sorry to my classmates. Selalunya kalau aku tak cukup tidur atau lapar, aku pastikan akan 'menggila' dekat sekolah..) Hmm.

Aku rasa satu masalah aku kenapa aku tak cukup masa, walaupun Tuhan dah beri dua-puluh-empat jam, ialah kerana aku suka tangguhkan kerja. Contohnya kalau homework cikgu bagi hari Isnin dan cikgu suruh hantar hari Khamis, aku pastinya akan buat homework tu pada tengah malam hari Rabu! Haaa cuba kau tengok betapa teruknya aku.. Aku rasa aku perlu 'membanteraskan' masalah kerja tangguh-tangguh ini kalau tak nak menyesal dikemudian hari. Hmm!

Aku sibuk. Aku memang takde masa nak update news pasal Kpop. Sungguh.. Selalunya aku sambung tengok drama korea dan variety show hujung minggu je. Itu pun kalau aku ada masa, hujung minggu pun aku kadang-kadang sibuk dengan hal sekolah. 

Sayonara. Nak pi tengok Emergency Couple, Let's Eat, My Lover From Another Stars dan Running Man episode 183. Well. Sekarang kan dah hujung minggu, bagi aku releases tension dengan melayan semua drama yang aku senaraikan tadi. lol.

No comments :