About Stuff Linkies Fanfic Journal

Wednesday, March 13, 2013

BLACKday




Assalamualaikum, annyeong dan helo!

Dapat jugak aku kesempatan nak update blog hari ni. Ada je halangan yang mengahalang aku dari meng-update blog. Antaranya hujan lebat, ibu aku lepak dalam bilik aku dan adik aku sibuk nak rebut guna laptop.

Actually aku baru habis exam bulan Mac. Baru tadi habis. Fuhh~ Semenjak masuk tingkatan empat ni, semua perkara dapat membuatkan jantung aku hampir tercabut. Nasib la untuk exam 1 ni, soalan dia standard budak kecik je. Buatnya cikgu kejam, untuk exam bulan Mac cikgu buat soalan ikut standard SPM sebenar. Mahu mati aku nak menjawabnya. Terima kasih cikgu sekalian sebab buat soalan standard kanak-kanak ribena. "Standard budak kecik pun aku tak lepas nak jawab. Especially Add Maths." Takutnya kalau untuk exam 1 ni ada subjek yang aku gagal. Ya Allah. Jauhkan lah result gagal daripada aku. Amin..

Haaa. Hari ni birthday Myungsoo kan. Semenjak malam semalam, aku dah tukar twitcon aku kepada twitcon sama macam Myungsoo pakai. *winkwink* Dia pakai twitcon blank black. Jadi kebanyakkan #TeamInspiritGila pakai twitcon sama macam dia. Termasuklah aku. LOL! Habis birthday dia, aku tukar balik kepada twitcon asal aku. 




Sebenarnya aku tak tahu, International Inspirits pakai hashtag apa untuk birthday Myungsoo tahun ni. Ada yang cakap, pakai hashtag #HariHitamSedunia dan lain-lain lagi. Tapi aku tweet guna perkataan 'Happy BLACKday Myungsoo' je. Kan senang. Ooyeah. Aku sempat la buat cover fanfic. Aku tempek gambar Myungsoo pada cover tu, sebab hari ni birthday dia. Dan insyaAllah, untuk cover fanfic tu Myungsoo akan bergandingan dengan Naeun. Hehehehe.. "Ceh! Fanfic CRAYON tu pun tak post-post pun lagi. Ada hati nak buat fanfic baru." 




Okay la. Nak blah dulu. Mahu buka tv, tengok Iris 2. Tak sabar nak tengok appa Doojoon dan pabo Leejoon. Assalamualaikum, ppyong dan sayonara.

No comments :