About Stuff Linkies Fanfic Journal

Tuesday, March 26, 2013

Tutorial : Photoshop - Polka Dot Shape

No comments :
Lemme punch your cheeks!

Assalamualaikum, annyeong dan helo!

K. Hari ni aku nak buat tutorial pasal photoshop lagi. *winkwink*. Ada orang tanya aku macam mana aku buat 'itu' dan 'ini', jadi aku kena la jawab. Aku menjawab pertanyaan itu dengan membuat tutorial. Tak baik kan kedekut ilmu. Nanti ilmu tu tak berkat. Heee..

Ooyeah. Tutorial ni aku belajar buat sendiri. Jadi kalau ada yang nak re-tutorial benda alah ni, bagitahu aku dulu. Jangan nak buat tutorial ni macam hak anda. Sekian. Actually, aku tak tahu apa nama tutorial ni, jadi aku letak nama tutorial ni sebagai : "Polka Dot Shape".

Sebelum nak buat tutorial ni, korang kena baca "Bismilahirrahmanirrahim" dan download pattern ni kalau korang takde pattern bentuk polka dot. Kalau yang dah ada, tak perlu nak download. Credit to the owner of the patterns.

Download Pattern : http://crazykira-resources.deviantart.com/art/Patterns-36-149418100

Lepas dah download tu, korang ikut tutorial Nana Johari macam mana nak load pattern dalam photoshop korang.

Tutorial Load Pattern : http://akubudakbiology.blogspot.com/2013/01/tutorial-how-to-load-photoshop.html

Bila dah settle pasal download pattern ni, baru korang boleh ikut tutorial yang aku nak buat ni.

STEP 1
Buka Adobe Photoshop anda. Buat layer baru. [ Ctrl + N ].
Ikut dalam printscreen ni. "Saiz dia ikut suka korang la nak buat berapa."



STEP 2
Ikut macam dalam printscreen ni. 
Aku tak tahu nak explain macam mana.



STEP 3
Lepas dah tekan 'Pattern', korang pilih bentuk pattern yang korang nak.
Pastikan 'scale' dia '100%'.



STEP 4
Then, korang tekan pada layer 'Pattern Fill 1' tu. Lepas tuh tekan benda alah ni [ http://i.imgur.com/xEeV97e.png ]. Kemudian korang pilih 'Overlay' macam dalam printscreen ni. "Kalau korang nak pilih yang lain pun takpe, ikut suka korang laa."



STEP 5
Lepas tu korang tekan 'Layer' > 'Flatten Image'.



STEP 6
Bila dah flatten image tu, korang tekan pulak 'Polygonal Lasso Tool'



STEP 7
Lepas tuh korang buat la benda yang korang nak buat pada layer polka dot tu. Pastikan 'titik akhirnya bertemu dengan titik permulaan'. Nanti bila titik mula jumpa dengan titik akhir, bentuk yang korang buat tu akan jadi 'dashed-dashed & blink-blink'. Lepas dah keluar dashed + blink tu, korang tekan 'right click' pada mouse korang dan pilih 'Layer Via Cut'.



STEP 8
Kemudian korang tekan 'Move Tool' dan drag masuk ke dalam tempat yang korang nak ada bentuk polka dot ni.


STEP BAWAH NI KALAU TAK NAK IKUT PUN TAKPE!

STEP 9
Ikut printscreen dan tekan 'Duplicate Layer' pada layer pattern tadi.



STEP 10
Lepas dah duplicate layer tu, korang 'right click' pada layer duplicate tu dan ikut macam dalam printscreen tu.



STEP 11
Then, korang ikut macam dalam printscreen ni. Pastikan 'Fill Opacity' tu jadi '0%'.



STEP 12
Lepas dah jadikan 'Fill Opacity tu jadi 0%'. Jangan tekan lagi OK! Korang tekan 'tick' pada bahagian 'stroke' dan ikut printscreen. "Color tu suka hati korang nak buat warna apa dan size dia pun ikut suka korang la. Lagi nipis lagi lawa."



STEP 13
Kemudian, korang drag 'duplicate layer' tu ke bawah layer asalnya. 

Akhirnya akan jadi macam ni. 


Kalau ada benda tak faham, sila lah tanya aku. Insya Allah aku akan sedaya upaya untuk menjawab soalan yang korang tanya tu. Assalamualaikum, ppyong dan sayonara.

Friday, March 15, 2013

Tutorial : Photoshop - Simple Cover Fanfic

4 comments :


Assalamualaikum, annyeong dan helo!

Okay. Disebabkan hari ni mood aku agak kucar-kacir, jadi untuk menghilangkan mood tu aku bercadang nak buat tutorial cara untuk membuat simple diffusion cover fanfic. Lagipun ramai yang minta aku tolong ajarkan, cuma aku je takde masa nak buat tutorial. 

Ooyeah! Sebelum tu, aku nak berterima kasih kepada Kak Nana Johari sebab selalu buat tutorial pasal cover fanfic. Tapi untuk tutorial ni, aku ikut cara aku. Cuma aku guna sikit skill yang Kak Nana ajarkan. Part 'eraser' dalam tutorial ni aku ikut tutorial Kak Nana.

Ok. Jom kita mulakan.

1. Buka Adobe Photoshop anda. 

2. Buat canvas berwarna putih. Saiz untuk kebiasaan yang aku buat ialah '500 x 700'. [ Ctrl + N ]


3. Open gambar yang korang nak jadikan cover fanfic tu. macam aku, aku guna gambar Siwon + Donghae + Eunhyuk. [ Ctrl + O ]


4. Drag gambar tadi tu ke dalam canvas putih yang kita dah buat tadi.


5. Lepas tuh, korang ikut macam dalam printscreen ni.


6. Sekarang waktunya kita untuk memadam bahagian yang tidak perlu. Korang ikut jugak macam dalam printscreen ni. 


7. Ikut printscreen yang aku dah buat ni. Tekan "Gradient" tau.


8. Korang tukarkan style pada gradient tu kepada 'Radial'. Scale dia pun kalau nak ubah pun takpe.


9. Dah siapkan?! Korang boleh letak tajuk pada bahagian 'Gradient' dalam poster korang sebenarnya. Tapi aku buat sampai gradient je. Malas nak buat part tulis tajuk tu.

10. Kalau dah siap segalanya, korang boleh save. Hasilnya, insya Allah akan jadi macam ni,


Kalau ada benda yang tak faham, boleh tanya aku. Nanti aku akan sedaya upaya menjawab pertanyaan korang. Nak complain mahupun puji memuji aku, bolehlah ke ask.fm aku [http://ask.fm/RaihanahAriff]. "Boring kot! Takde soalan untuk dijawab."

Aku dah dapat result Add Maths aku. Amat mengecewakan. Tak nak cerita la. Memalukan! Mintak diri dulu. Assalamualaikum, ppyong dan sayonara..





Wednesday, March 13, 2013

BLACKday

No comments :



Assalamualaikum, annyeong dan helo!

Dapat jugak aku kesempatan nak update blog hari ni. Ada je halangan yang mengahalang aku dari meng-update blog. Antaranya hujan lebat, ibu aku lepak dalam bilik aku dan adik aku sibuk nak rebut guna laptop.

Actually aku baru habis exam bulan Mac. Baru tadi habis. Fuhh~ Semenjak masuk tingkatan empat ni, semua perkara dapat membuatkan jantung aku hampir tercabut. Nasib la untuk exam 1 ni, soalan dia standard budak kecik je. Buatnya cikgu kejam, untuk exam bulan Mac cikgu buat soalan ikut standard SPM sebenar. Mahu mati aku nak menjawabnya. Terima kasih cikgu sekalian sebab buat soalan standard kanak-kanak ribena. "Standard budak kecik pun aku tak lepas nak jawab. Especially Add Maths." Takutnya kalau untuk exam 1 ni ada subjek yang aku gagal. Ya Allah. Jauhkan lah result gagal daripada aku. Amin..

Haaa. Hari ni birthday Myungsoo kan. Semenjak malam semalam, aku dah tukar twitcon aku kepada twitcon sama macam Myungsoo pakai. *winkwink* Dia pakai twitcon blank black. Jadi kebanyakkan #TeamInspiritGila pakai twitcon sama macam dia. Termasuklah aku. LOL! Habis birthday dia, aku tukar balik kepada twitcon asal aku. 




Sebenarnya aku tak tahu, International Inspirits pakai hashtag apa untuk birthday Myungsoo tahun ni. Ada yang cakap, pakai hashtag #HariHitamSedunia dan lain-lain lagi. Tapi aku tweet guna perkataan 'Happy BLACKday Myungsoo' je. Kan senang. Ooyeah. Aku sempat la buat cover fanfic. Aku tempek gambar Myungsoo pada cover tu, sebab hari ni birthday dia. Dan insyaAllah, untuk cover fanfic tu Myungsoo akan bergandingan dengan Naeun. Hehehehe.. "Ceh! Fanfic CRAYON tu pun tak post-post pun lagi. Ada hati nak buat fanfic baru." 




Okay la. Nak blah dulu. Mahu buka tv, tengok Iris 2. Tak sabar nak tengok appa Doojoon dan pabo Leejoon. Assalamualaikum, ppyong dan sayonara.

Thursday, March 07, 2013

Tutorial : Billy Music Player [Tumblr Style]

3 comments :

Assalamualaikum, annyeong dan helo!

Wokeyy. Hari ni aku nak buat tutorial pasal music player yang selalunya korang jumpa dekat Tumblr. Aku tahu dah banyak tutorial pasal player ni dekat google. Tapi aku saja je nak menyemak dalam senarai dekat google tu. LOL! Rupa music player tu macam ni..


1. Buka website https://kiwi6.com . Dan korang upload la lagu yang ada dalam PC korang. Macam aku ni, aku download lagu BAP - One Shot. Lepas dah download tu, korang ikut macam dalam printscreen ni.


2. Lepas dah tekan link tu, copy DIRECT HOTLINK.


2. Korang buka pulak website http://www.sheepproductions.com/billy/ . Tadi korang dah copy URL link kan? Haaa.. Ikut print screen ni.


3. Then, tekan Generate Code. Lepas tu korang copy code yang panjang tu lepas tu paste dekat tempat yang korang nak letak player tu.

Haaa.. Senangkan tutorial ni. Kalau ada benda tak faham, tanya aku okay ;) Blah dulu. Assalamualaikum, ppyong dan sayonara.