About Stuff Linkies Fanfic Journal

Monday, December 31, 2012

JiHyungsik Couple

6 comments :



Assalamualaikum, annyeong, konnichiwa dan helo!
Okay. Ni second last entri untuk tahun 2012. Aku sekarang ni tengah tengok The Romantic & Idol. Best giloss~! Aku ship JiHyungsik otp. Sweet gila la mereka berdua. Walaupun Jihyun lebih tua daripada Hyungsik, tapi mereka nampak macam couple yang sebenar. Lantak la kalau Kpoppers yang lain tak suka JiHyungsik otp. Aku kisah apa. Yang penting aku ship otp tu. Heheheh~ Ooyeah! Nama lain untuk JiHyungsik couple ialah NamSik couple. LOL!

Kesian dekat Seungah. Dia suka dekat Jaebum, Jaebum suka dekat Jei tapi Jei suka dekat Jun K. Jun K suka dekat Hyejeong. Tapi Hyejeong suka dekat Mir. Mir pulak suka dekat Jihyun. Jihyun suka pada Hyungsik, Hyungsik suka pada Jihyun. Haa~ Ambik kau! Semua suka dekat orang yang berbeza. Hanya Hyungsik dan Jihyun suka sama suka. Bak kata Mir, "She is my destiny!", "That my fate.." Ahahaha! Pada mulanya Jaebum, Jun K, Mir dan Hyungsik suka dekat Jihyun. Ada sampai satu episod tu, Hyungsik nampak sedih gila sebab Jun K keluar beli barang dekat market dengan Jihyun. Kehkehkeh.. Hyungsik superb kiut! Ah~ Rasa macam nak tukar bias dalam ZE:A je. Dari Heechul suka pada Dongjun si maknae dan akhirnya nak pada Hyungsik. K. Aku memang saja ngade. Takpe. Aku setia dengan bias dalam ZE:A. Aku nak Dongjun. Heee :)

Malam ni ada MBC Gayo Daejun. Tak tahu la boleh ke tak tengok live streaming. Sebab dah seharian aku guna laptop ni semata-mata nak tengok The Romantic & Idol. Nanti mesti adik aku bising sebab aku pakai laptop sampai tak ingat dunia. Tapi... nak sangat tengok BEAST. Hehehehe ;D Forevah B2UTY! BEAST masuk dalam White Team untuk MBC Gayo Daejun sama dengan EXO K, MBLAQ, Infinite, BAP dan lain-lain. BTOB masuk dalam Blue Team sama dengan A Pink, Epik High dan lain-lain lagi.

K la. Nak blah dulu. Mahu sambung tengok JiHyungsik couple dalam The Romantic & Idol episod 5. Assalamualaikum, ppyong dan sayonara..


Dengar kata untuk The Romantic & Idol season 2 akan ada Jonghun couple dengan GNa. Andwae~
Aku tak rasa aku boleh terima couple tu. Tak tahu la kenapa.
Mungkin sebab Jonghun terlalu sempurna buat GNa kot. Sebab tu aku jelly. LOL!

Tutorial : Photoshop - Buat Line Di Luar Gambar

1 comment :
"All this time.. All this time.. I've been searching for you."

Assalamualaikum, annyeong, konnichiwa dan helo!
Sebelum masuk tahun 2013, aku nak bagi post dalam masa 2012 menjadi 100 post. Kalau campur dengan post ni, dah jadi 98 post untuk tahun 2012. Pada hari terakhir 2012, aku akan post lagi dua entry. Insha Allah..

Okay, malam ni aku nak buat tutorial pasal buat line luar gambar. Tutorial ni khas buat yang baru belajar nak buat poster untuk fanfic ataupun grafik. Benda alah ni aku cari dekat google. Dan aku tak tahu apa nama tutorial yang aku nak buat ni. Jadi aku bagi nama, "Line Luar Gambar". Kalau nak buat gambar jadi macam gambar bawah ni, sila la ikut tutorial ni. Kalau tak nak boleh blah. Heee.. Gurau je!


1. Buka Adobe Photoshop anda. Buat canvas yang anda suka. Dan buka gambar yang anda nak buat line di luarnya.

2. Drag gambar yang anda nak buat line di luarnya masuk ke dalam canvas yang anda dah buat tadi.

3. Tekan right click pada gambar anda dan duplicate-kannya.


4. Tekan right click pada gambar yang anda dah duplicate tadi. Dan cari perkataan Blending Option.


5. Lepas tuh ikut sebijik rupa macam dalam gambar yang aku dah print screen ni. 


6. Lepas dah siap step 5 jangan tekan OK lagi. Anda pergi TICK pada perkataan STROKE. Dan ikut macam dalam gambar print screen ni. Dah siap tekan OK.


7. Anda drag Layer 1 Copy tu di bawah Layer 1.

8. Dan siap!

Senang jekan? Kalau tak faham, tanya aku. Insha Allah aku akan sedaya upaya perah otak untuk menjawab soalan tu. Kena blah dulu. Assalamualaikum, ppyong dan sayonara..

Click pada setiap gambar sekiranya anda mahukan tumbersaran yang sempurna.

Tuesday, December 25, 2012

Tutorial : Photoshop - How To Download Adobe Photoshop CS6 Extended And Crack It

7 comments :
"You bad to me. So bad to me. Oh girl you're like caffeine."

Sila click SINI. Terima kasih. Jasa baik anda amat den hargai..

Assalamualaikum, annyeong dan hello!
Sebenarnya dah ramai yang tanya aku, aku buat grafik dekat mana? Aku buat grafik dengan menggunakan Adobe Photoshop CS6 Extended. Aku guna yang original punya lepas tu aku crack. Dan aku boleh guna photoshop tu sampai bila-bila.. Jadi hari ni aku nak berkongsi cara nak download Adobe Photshop CS6 original punya cara Raihanah Ariff. Ahaks!

1. Buka website : http://www.adobe.com/ . Tekan Download dekat bahagian atas tu.


2. Bila dah masuk bahagian Download. Anda tekan dekat "Adobe Photoshop CS6 Extended".


3. Lepas tuh, anda tekan Download Now.


4. Anda tengok video ni sambil-sambil anda tengah download. Sebab video ni yang akan membantu kita untuk crack Adobe Photoshop CS6 tu. 


5. Lepas dah ikut semua yang ada dalam video tu. Sekarang anda dah boleh guna photoshop tu unuk selama-lamanya. 

Keistimewaan Adobe Photoshop CS6 ni, dia boleh buat Video Gifs, boleh guna Topaz dan banyak lagi.. Aku suka guna Photoshop CS6 daripada photshop-photoshop lain yang pernah aku guna. Kena bla dulu. Assalamualaikum, ppyong dan sayonara..

Monday, December 24, 2012

Tutorial : Photoshop - Cut Picture Using Lasso Tool

2 comments :
Kris jalan macam bos..!

Tolong tekan LINK ni. Anda telah membantu kawan saya. Terima kasih. Semoga Allah balas jasa baik anda.

Assalamualaikum, annyeong dan hello!
Okay. Aku baru lepas tengok Running Man episod 4 dengan adik aku. Kelakar gila. Back to the topic! Hari ni aku nak buat tutorial 'gunting' gambar dengan menggunakan lasso tool. Mungkin ramai yang dah tahu macam mana nak guna benda alah ni. Tapi tutorial ni aku buat bagi yang tak tahu buat. Ooyeah. Benda alah ni aku belajar sendiri. Dengan berkat tenaga dan masa aku mengodek-godek photoshop, akhirnya aku reti juga fungsi Lasso Tool. LOL!

1. Buka Adobe Photoshop anda. Lepas tu buka gambar yang anda nak 'gunting'. [Ctrl + O]


2. Tekan button nombor tiga pada 'perkakas' anda. 


3. Lepas tu anda ikut keliling gambar anda. Anda kena ikut gambar anda itu dengan sekali klik pada mouse anda. Kalau tidak nanti tak jadi. Bila dah siap, nanti dia keluar garis putus-putus pada sekeliling gambar yang anda dah ikut tadi.


4. Lepas tu anda buat canvas baru. Ikut suka hati anda sama ada nak buat canvas berwarna ataupun tidak.  [Ctrl + N]


5. Lepas dah siap canvas baru tu, anda drag gambar yang putus-putus tu ke dalam canvas baru yang anda dah buat tu.


6. Kalau anda nak tambah text ataupun texture pada canvas tu pun takpe. Bila dah siap, save la..


Chan~! Senang jekan.. Kalau ada benda yang tak faham, tanya je aku. Insya Allah aku akan cuba menjawabnya.. Kena blah dulu! Assalamualaikum, ppyong dan sayonara. 



Saturday, December 22, 2012

MBank Ohsem!

58 comments :
Aku suka seluar Changsub. Bold Pink! Lawa kot. Jom kita berus gigi sama-sama.. 

Assalamualaikum, dan annyeong!

Okay. Music Bank semalam memang gempak la! Tapi aku semalam tak tengok Music Bank tu full. Aku tak tengok yang mula-mula sekali sebab aku nak tengok BEAST je. Aku tahu BEAST selalu perform nak dekat habis. Jadi aku tengok la masa nak dekat habis Music Bank. Banyak la yang aku terlepas semalam. Aku buka TV, terus ada lagu Loving You. Omoo. Zelo, Chunji dan Sungjae so... *fainted* Aku tak ingat apa nama member Boyfriend yang nyanyi sekali lagu Loving You tu. Tapi performance tu memang awesome! Performance Teentap dan Inpiniteu memang... terbaik la! *two thumbs up* Myungsoo handsome gila kot. Woohyun pun handsome jugak. Handsome dari biasa sebab dia dapat lighting lebih masa atas pentas tu. LOL! Dan.. Dan.. Dan.. Yoseob + Junhyung, Caffeine memang.... Nothing to say. JunSeob sungguh kacak bergaya wow wow *buat gaya macam lagu BTOB - WOW* dengan memakai suit berwarna PURPLE! Huhh.. Kalau la Dongwoon yang pakai suit warna PURPLE tu mesti lagi handsome. *imagine* Junhyung punya senyuman awkward tu macam biasa boleh menegakkan bulu roma aku. Oh yeah! Akhirnya performance BEAST. Dongwoon gila handsome dengan suit warna MERAH. *melting* Semalam dapat jugak aku lepas rindu pada Doojoon. Rindu gila nak tengok Doojoon. Yelaa.. Selama ni dia pergi Cambodia untuk berlakon dekat sana. "Nasib baik muka kau still maintain warna putih-putih. Kalau hitam, nak je aku tempik bedak sejuk dekat muka kau, Doojoon." *gelak jahat* Hyunseung macam biasa, cantik je. Lebih cantik daripada aku -.,- Nak tengok BTOB dan BAP perform. Tapi aku malas nak tengok dekat youtube. Kecik sangat.. Tak puas nak tatap muka Minhyuk dan Zelo. Takpe. Nanti mesti ada ulangan dekat KBS World HD. Ahaahaha.. Aku janji aku tak kan terlepas untuk tengok ulangan tu.

By the way, semalam aku lambat tengok Music Bank sebab aku tengok BTOB MTV Diary episod 1. Banyak gila episod dia. Berpuluh-puluh. Tak tahu la bila boleh habis tengok cerita tu.. Tahun depan agaknya.. Penjae couple memang wujud! Aku shipped Penjae couple dan MinHoon couple. Omoo.. Aku suka gila dengan jari Ilhoon. Runcing kot! Jari aku pun tak macam tu. Jari aku dah la ketot, gemuk pulak tu. jelly dengan jari Ilhoon.. Minhyuk kelakar sebab dia bagi susu dia dekat Sungjae, si maknae sebab dia tak nak minum susu. LOL! Changsub... Aku tak nampak pun mata dia kalau kamera tak close up dekat dengan muka dia. Mata dia sebijik rupa macam mata Sunggyu, Jinwoon dan Nicole. Mereka berempat boleh buat team. #TeamEyesSmile.. Hyunsik punya mata pun sama. Tapi tak de la kecik sangat macam mata Changsub.

Cara baru untuk memberus gigi. Ikut cara Changsub! 

Ooyeah! Semalam Dongwoon ada buat muzikal dia. Patut la masa perform dekat Music Bank, muka dia penat. Kesian laki aku.. Penat! "Malam ni jangan lupa balik rumah I, biar I urut belakang You.." LOL! Masa muzikal Catch Me If You Can, Dongwoon superbly kacak dengan memakai suit... Navy? Maybe.. Aku tak tahu apa nama pakaian yang dia pakai masa tu.


Kena bla dulu. Assalamualaikum, annyeong dan sayonara..

Semua gif dalam entry ni aku yang buat sendiri. Quality gifs kali ni agak rendah sebab aku salah 'set', masa aku download video tu dari youtube..

Thursday, December 20, 2012

19 December

8 comments :
Junhyung menari zapin sebab sambut birthday dia yang ke-23. LOL!

Assalamualaikum, annyeong dan hello!

     19 Disember. Ada apa dengan 19 Disember? Haa.. Bagi manusia biasa yang bukan berumur 15 tahun, mungkin merasakan tarikh itu tidak penting. Bagi B2UTY, tarikh 19 Disember ialah birthday Yong Palli Palli, Yong Junhyung a.k.a Joker.. Tapi bagi 97-liners, 19 Disember merupakan detik yang agak menakutkan. Result PMR keluar! Aku takde benda nak cerita pasal result PMR aku. Bagi aku A yang aku dapat tak cukup.. Tapi bagi orang lain, mereka merasakan A yang aku dapat sudah dikira banyak. Walaubagaimanapun aku bersyukur dengan result yang aku dapat sekarang. Sudah rezeki aku.. Nak buat macam mana. Main banyak, belajar sikit!


      Masa ambil result dekat Teacher Leong [Guru Kelas], Teacher cakap "Tahniah, awak dapat 6A.." Masa tu muka aku dah masam. Nak menangis malu nak menangis depan orang lain pulak. Lepas tu jumpa dengan Cikgu Zai, dia tanya "Dapat berapa A?" Aku jawab, "6A je." Cikgu Zai cakap, "Okay la tuh. Jangan masam muka tu. Senyum!" Aku pun buat senyum paksa depan Cikgu Zai. Masuk dalam kereta baru air mata aku keluar. Ibu aku cakap, "Kamu menangis bukan sebab dapat 6A, tapi sebab tak dapat iPhone kan?" Bijak Ibu aku! Dulu sebelum PMR, Ibu aku janji kalau dapat 8A/ 7A dapat iPhone. Tapi aku dapat 6A, jadi Ibu aku offer Samsung Galaxy. Tawaran Ibu aku masih dibiarkan dulu, nanti baru fikirkan nak terima atau tak tawaran Samsung Galaxy tu. Nak iPhone~!! Ibu aku cakap, "Bersyukur la dapat 6A, cuba kamu bandingkan dengan orang yang tak dapat A langsung tu.. Masa trial PMR, kamu dapat 3A. PMR sebenar kamu dapat 6A. Okay la tuh!" Ayah aku cakap pulak, "Alhamdulillah. Tahniah!" Aku sebak sebab tak dapat 8A untuk ibu bapa aku. Dari UPSR sampai la PMR tak pernah dapat straight A. UPSR, aku kurang 1A. PMR pulak aku kurang 2A. Haihh~ Nampak gaya tak dapat laa aku nak masuk MRSM ataupun SBP, A tak cukup! Ibu aku nak 'sumbat'kan aku dalam asrama yang pernah menolak tawaran aku dulu, masa result UPSR.. Benci asrama tuh! Nanti kalau sekolah dekat sana, mesti kena jumpa dengan 'jiran' yang aku jumpa masa Karnival Sains.. Poyo je budak tuh! Puihh..


Joker-ah, sorry tak dapat trending kau punya birthday. Aku gugup tunggu hari result PMR keluar sampai aku takde mood nak ber-tweet, ber-facebook mahupun ber-blog. Tahun depan aku celebrate birthday kau. Itupun kalau nyawa aku masih dipanjangkan lagi.. Joker, kau dah tua. Walaupun dah tua tapi kau kena kekalkan senyuman awkward kau yang boleh bagi bulu roma aku meremang.. Ahaks! Cepat-cepat la kahwin. Kalau kau dapat kahwin dengan Hara, aku tabik spring 24 kali.. Hahahaha.

Tuesday, December 11, 2012

Pergi Balik Negara Kau Semula!

4 comments :
Aku rasa macam terpinggir di Kutub Utara/ Selatan sebab aku tak dapat pergi konsert Asia Super Showcase.. Nasib baik muka Haru Yoshida ni boleh menyejukkan mata aku! 
Bissmilahirahmanirrahim. Assalamualaikum, annyeong, konnichiwa dan helo!

Okay. Entri hari ni menggunakan Bahasa Melayu sebab entri ni adalah luahan hati aku yang sudah terpendam selama dua hari. Jadi tak syok la kalau buat entri luahan perasaan dalam Bahasa Inggeris. Tak feel la kan.. Aku tahu anda semua mesti tahu yang sekarang ni BTOB, EXO-M dan Super Junior M ada dekat Malaysia. Sebab sekarang ni tengah berlangsungnya konsert Asia Super Showcase. Senang cerita la kan.. Aku sekarang ni tengah mengalami mental breakdown yang amat dashyat. Dashyat yang tak terkata.. Semua benda yang aku buat selama dua hari ni, semuanya tak kena. Kena mental breakdown la katakan. 

Aku jelly betul dengan orang yang dapat pergi konsert tu. Especially Soldier Raara. Dia pergi kot konsert tu! Ahh.. *tarik rambut macam orang gila* BTOB datang Malaysia, dua hari yang lalu.. Sampai je dekat Malaysia, dengar kata mereka menikmati Mee Goreng. Nomm.. Nom.. Nom.. *jilat bibir* Manakala EXO-M sampai Malaysia petang semalam.. Kris bawak anak baru! Buat masa sekarang aku tak nampak lagi Ace dekat Malaysia ni. Mungkin Kris tak bawak Ace kot.. Dia bawak adik Ace je. Sampai je dekat Malaysia, EXO-M terus makan KFC. Mesti mereka kebulur kan.. Malam tadi baru Super Junior M sampai. Tu pun lewat malam baru sampai. Donghae tertinggal passport, jadi dia dan Eunhyuk naik flight lain. Itu apa yang aku dengar laa.. "Aww~ Sweetnya EunHae!" 

Tadi dekat Twitter kecoh pasal BTOB, EXO-M dan Super Junior M. Ye laa.. Mana tak kecohnya! BTOB jalan-jalan dekat KLCC, siap shopping sakan lagi. Dengar kata Peniel beli Baju Melayu. Mboo?! Mesti Peniel nak ajak aku kahwin lari dengan dia. Sebab tu dia siap beli Baju Melayu. Ahakss! Perasan je aku ni.. "Peniel, tolong beli Baju Melayu extra warna ungu. Lepas tu bagi dekat Dongwoon oppar. Nanti aku bank in duit dalam bank kau, sebab kau dah tolong belikan Baju Melayu untuk suami aku dekat Seoul." Lepas tu BTOB pergi mana ntah. Tapi tempat tu terbuka. Sungjae pakai shawl warna pink. Omoo.. Lawa gila kot dia! EXO-M pulak jalan-jalan dekat One Utama. Luhan boleh tersalah masuk tandas. Dia nak masuk tandas lelaki tapi termasuk tandas perempuan. "Jellynya degan perempuan yang terserempak dengan Luhan dalam tandas tu.." Dengar kata jugak EXO-M shopping sakan untuk EXO-K. Omoo.. Sweetnya mereka! Akhir sekali, ada orang kata Super Junior M jalan-jalan dekat Pavilion. Waaa~ Seriously aku nak cakap aku superbly jelly dengan orang yang terserempak dengan lelaki dari Korea tu. Fuhh!!

Ni aku nak tunjuk. Pertama kali dalam hidup aku, benda ni aku alami di dunia Twitter.. Tadi aku saja je fangirling dekat Twitter. Aku tweet dengan seikhlas hati. Hahh.. Ambik kau! Aku dapat 91 Retweets. Terkejut beruk aku! Tak pernah dalam hidup aku dapat retweet sampai banyak tu. Selalunya paling banyak aku dapat, hanya 20 retweets. Tapi mana boleh nak tandingi retweet tweet AfiqKangMinhyuk oppar. Dia lagi banyak. Kalah tweet Bunkface! Hahahha. By the way.. Ni antara tweet yang aku tweet tadi dekat Twitter. Nampak sangat tweet aku menunjukkan aku tengah mengalami mental breakdown.




Ni pulak gambar yang aku curi.. Dari Twitter, Facebook dan Tumblr.. Tengok la puas-puas. Aku dah muak nak tengok gambar tu. Buat aku rasa nak meraung macam orang gila je.. "Aku tipu je lebih!" *mengintai gambar-gambar tu*

Anak baru Kris dan adik baru buat Ace. Agaknya Kris nak bagi nama apa pada adik baru Ace ni?

Sungjae pakai shawl warna pink. Sumpah lawa gila! Tiba-tiba rasa insecure pulak >.<

Pengurus BTOB tweet gambar ni dekat Twitter. Masa tu rasa macam nak tutup laptop dan nak campak laptop ni jauh-jauh. Tapi bila diingatkan semula, ni laptop ayah aku. Bukan aku punya. Kalau aku punya, dah lama laptop ni berkecai..

Nak blaa dulu.Twitter pun dijangka malam ni aku tak kan online sebab aku tahu nanti mesti banjir dekat TL aku pasal Asia Super Showcase. Nanti silap hari bulan aku boleh gila hanya sebab baca tweet pasal konsert tu je. Aku tak nak gila, jadi aku berkeputusan untuk tak nak ON Twitter. Facebook pun sama.. Tapi aku nak ON Flickr. Tengok gambar yang cantik-cantik.. Boleh sejukkan hati aku yang tengah panas membara ni.. Assalamualaikum, ppyong dan sayonaraa..

Esok 12.12.12.. Aku harap nanti ada tiket VIPP Golden Disk Awards jatuh dari langit. LOL! Tapi kalau betul-betul jadi, aku hanya boleh ucapkan Alhamdulillah.. Ahakss XD

Sunday, December 09, 2012

10 Posters/ Graphics Challenge

2 comments :

Click HERE to join!

List of 10 biases 

1. Dongwoon
2. Gongchan
3. Myungsoo
4. Hyunwoo
5. LJoe
6. Luhan
7. Zelo
8. Minhyuk
9. TOP
10. Simon

My Graphics/ Posters

Task 1:  http://i.imgur.com/lQI5o.gif [ 7 December 2012 ]
Task 2: http://i.imgur.com/IYsIl.jpg [ 8 December 2012 ]
Task 3:  http://i.imgur.com/v5A5j.png [ 22 December 2012 ]
Task 4: http://i.imgur.com/1rKmC.jpg [ 9 December 2012 ]
Task 5: http://i.imgur.com/2PyGv.png [ 22 December 2012 ]
Task 6:
Task 7: http://i.imgur.com/z5k1q.jpg [ 24 December 2012 ]
Task 8:
Task 9:
Task 10:

Task 3, terpaksa dibiarkan sebentar. Tiada idea, nak buat task tu.. Oh no! Semua poster yang aku buat, semuanya buruk :>

600th Followers

No comments :
"Reaksi Hana apabila dapat tahu, blog ni dah ada 600 followers.."

Bismilahirahmanirrahim. Assalamualaikum, annyeong, konnichiwa dan hello anda!

Entri hari ni dalam Bahasa Melayu. Asyik tulis entri dalam Bahasa Inggeris je, penat den nak speaking London! Okay, Hana baru je dapat followers yang ke 600. *malu* Dah lama jadi blogger, tapi follower masih sikit. Hehehe.. Takpe, niat Hana ber-blog pun bukan sebab nak cari populariti. Hanya suka-suka ber-blog. Macam biasa award yang selalu Hana hasilkan, hanya menggunakan chibi. Award hari ni, Hana guna B1A4 chibi. Almaklumlah, bulan lepaskan B1A4 buat comeback. Comeback mereka pada kali ni sungguh gempak!



"Aku rasa baru je dua bulan lepas aku buat award.." Terima kasih sebab follow blog buruk Hana ni. *kesat air mata* Hana terharu sebab ada jugak manusia yang nak follow blog Hana. Ooyeah! Anda perasan tak blog Hana dah berubah wajah. jadi semakin simple je kan? Hmm.. Malas nak edit sebenarnya, tapi disebabkan layout yang lama tu buat hal. Terpaksa guna layout baru. Layout ni Hana guna Simple Template. Mungkin bagi sesiapa yang rajin melawat blog Nana Johari unnie, mesti anda perasaan yang rupa blog Hana dan dia nak dekat sama. Hana bukan tiru dia pung.. Kami menggunakan template yang sama. Nak buat macam mana kalau rupa blog dah sama. Hahh! Hana suka tengok header tu, simple je tapi mempunyai maksud yang mendalam. Heee... Kena blah sekarang. Assalamualaikum, ppyong dan sayonara..

Bengang gila dengan code ruangan komen. Tak menjadi!

Monday, December 03, 2012

Breaking Dawn

2 comments :

Bissmilahirahmanirrahim. Assalamualaikum and hello fellas!

Today just like another days... Boring! Ooyeah. Actually I want to share something with you. Last Tuesday, my family and I went to TGV cinema at Aeon Station 18, near with my house. Heee.. Well! At first my brother and sister want to watch a cartoon movie. "Ah! I forgot the title of the cartoon." And my mom and me want to watch Twillight: Breaking Dawn - Part II. So after my mom discuss with my sibling, finally they agree to watch Twillight: Breaking Dawn - Part II with me. Ahahaha! I win.. LOL!


Honestly I say, this is my first time I am watching Twillight movie. I never follow the Twillight movie but I watch the final series of Twillight. "What the heck with me?!" I am weird, right? My god.. Taylor Lautner so handsome, okay! I love his tough body. So sexy.. "I am melts like an ice-cream right now!" Sorry Robert Pattinson. I didn't like you because of your color skin. Your color skin so pale. Just like vampire.. Kay, I know you're vampire in Twillight movie but at the real life you still looks pale. And it's make me scared. LOL!

This is the funniest part for me. I don't know what's wrong with me when I was watched the movie. At the one part, where the Aro know that in future he will died.. Only me laughing like a crazy person in the cinema.  LOL! All the person was concentrated watching the movie while silence, but only me laugh. On the time, I feel so embarrased me. And my color of face turns to red, because I'm blushing.. Actually, I laugh because Aro's reaction when he know he will die in the future so funny for me. That's why I laughing.. Don't you think that part so funny, like what I think? No?! Okay. Only me weirdo here.. *sulking* Ahaaa! The xxx part so _______. I'm speechless! And I feel so embrassed to see the xxx part between Edward Cullen and Bella Cullen. Btw, I love their daughter. So cute like a barbie doll. Especially her eyes. Omoo! So big. I am jellying with her :>

"I prefer to choose Jacob Black than Edward Cullen. Sorry Robert Pattinson :')"


Sorry for my english mistake.. Alright. Need to go now. Tomorrow I will go to Genting Highland. Yar.. Finally I'll go holiday. Assalamualaikum, ppyong and sayonara..

Sunday, December 02, 2012

Freebies : Background For Blockquote [Anime]

14 comments :

Bissmilahirahmanirrahim. Assalamualaikum and hello fellas!

I just deleted song in this blog. I don't know why I deleted it, maybe sometimes I feel annoying when I open my blog and the song comes out. LOL! Eventho many peoples like the song because it so lovely, but I'm still deleted it. Heee~ Ooyeah! Today I want to make freebies. It is background for blockquote, shoutbox and message box. This is my first time make the background. "I am proud of myself.." Thanks btw to owner of the pictures.. I just resize and put something on the picture.. Leave a comment if you use the picture. Enjoy!

http://i.imgur.com/9Wh4L.jpg

http://i.imgur.com/HxWHS.jpg

http://i.imgur.com/sXA8S.jpg

http://i.imgur.com/RvpPp.jpg

http://i.imgur.com/ii3kv.jpg

Ahaa.. Now I know how to play guitar.. Actually, I just know a few guitar chords. Kekekeke! I need to learn a lot about guitar chords. I want to be pro like Jung Yonghwa and Choi Jonghoon. Need to blah now.. Assalamualaikum, ppyong and sayonara! Sorry for my english mistake.. *bow*

I love anime so damn much! I can't stop myself from downloading anime series. 

Saturday, December 01, 2012

Cherry Blossom

No comments :
"Baekhyun's voice same like Changmin's voice. Totally awesome when EXO singing Mirotic song.."

Bissmilahirahmanirrahim. Assalamualaikum dan hello guise!

Okay. Firstly I want to say congrats for winner of Mnet Asian Music Award [MAMA]. Eventho I feel kinda disappointed because my lovely charming husbands, B2ST didn't winning any award at MAMA but I'm still happy because my others bias has winning. *two thumbs up* *clapping hands* "Chukkhae Trouble Maker, Epik High, G-Dragon, Psy, EXO, B.A.P, Ailee, Sistar, f(x), Big Bang, Super Junior, SHINee, Eunji and etc for your awards.."

Secondly, I want to say chukkhae to Yang Yoseob a.k.a main vocalist of B2ST for the solo debut. "Oppar, your solo debut so awesome, I tell you... I love your main tracklist, Caffeine. Jinjja daebakk!" Ooyeah! I like your suit when you was performed at Music Bank last Friday. The suit so suitable with you.. *two thumbs up*

Then, I want to tell you that I just took a qualification test for MRSM last Monday. What can I said that, the questions kinda hard for me, especially Mathematics. Well! I'm not good in Mathematics but I'm good in Science. Heheheh.. I love Science. Ooyeah! Dongwoon also love subject Science. Gongchan love subject Mathematics, so I need to study hard for Mathematic. LOL! 

Lastly, just now I was going home from go to Joyous Music Centre. Kekeke.. I went to the music centre to repair the string of guitar kapok. Actually the guitar kapok is belonged to my dad. If you want to know, the age of the guitar kapok is almost 22 years old. Kyaa.... So old. Older than me. Hee.. "I feel kinda young now." LOL!

Need to go now.. I'm still waiting for K-ON Season 2 finish downloading. Ah! I need to wait for 3 hours.. Assalamualaikum, ppyong and sayonara. Sorry for my english mistake. Well, I'm still learn English!

As the spring wind blows. The scattering cherry blossom petals. Spread out on this street. As we walk together.. - Cherry Blossom Ending by Busker Busker